bismillahirrahmanirrahim..
Entry
yang aku ingin paparkan pada hari ini ialah tentang SYURGA..aku rasa semua tau
apa itu SYURGA . Al maklumla sape yang xmau masuk syurga kan?huhu..tapi adakah
kita tau sedikit sebanyak info tentang syurga? jadi, sedikit sebanyak info yang
aku nak share kat sini mungkin akan beri kesedaran pada kita semua agar sama2
kita meningkatkan amalan kita kepada Allah s.w.t. insyaAllah..haa jom teruskan
pembacaan..:)

Ibn Kathir
menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama
dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama
kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur
bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap
orang sesuai dengan kumpulan mereka.Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di
atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini
dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat,
lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga
berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun
sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).
Selepas Rasulullah
SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan
memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka.
Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang sesiapa yang berinfak dengan
emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari
mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang
rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka
dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil
dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu
ar-Rayyan.”
Hadis itu
menjelaskan syurga mempunyai
beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki
lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan
wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah
Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah
lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis
riwayat Muslim).
Pintu syurga ada lapan, tetapi
jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah
dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada
Abu Hurairah, di mana beliau berkata:
“Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan
umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu
lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa
Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah
seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Di dalam syurga,
nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu
yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan
tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah
menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya,
bermaksud:
“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air
yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak
berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi
peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya
memperoleh segala macam
buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).
Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW
juga bersabda: “Di dalam
syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar.
Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam
syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan
oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk
syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya
bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua
isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan
di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).

Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang
diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini
dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada
rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis
riwayat Bukhari).
Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda
diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti
disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata
dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
Alhamdulillah..abis
x pembacaan?:) hmm, berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya juga
menjadi penyebab untuk masuk syurga..jadi apa dapat kita fikirkan?kesimpulannya
marilah kita sama2 menyimpan emas dan perak sebab nabi pun telah
memperkatakannya..banyakkanlah juga bersedekah untuk kita dipanggil oleh pintu
sedelah di syurga kelak. Alaa sedekah xbyk pun xpe yang penting hati tu kene
ikhlas dan kene beristiqamah..ok? ok kita jumpa di lain entry
akan datang. ASSALAMUALAIKUM
p/s:
peringatan untuk diri saya jugak agar meningkatkan amalan diri
Owener 2~
No comments:
Post a Comment