Wednesday 13 June 2012

Skala Cinta Bab 1


         Pandangannya didorong untuk beralih arah ke satu adegan ringkas, muntahnya tawa Amar bila matanya dijamu dengan gelagat seorang junior perempuan yang tanpa menyegansilukan diri menanggalkan sepatunya dek kerana asyik terpeleot bila menyarungkan sepatu miliknya itu. Matanya tertumpu lagi, bahkan menguncinya pula, Muka yang merona merah melahirkan riak wajah geramji menunjukkan dia begitu tidak senang hati akan sepatunya lalu membahas dan mencaras dimana kakinya berdiri. Senyum tawar Amar yang memerhatikan dari jauh dapat merasakan si adik manis itu mesti terpaksa menyarungkan sepatunya tanpa kata izin hati, “nak buat macam mana.. harini hari pendaftaran pelajar baru.. ikot sajalah adik...”lunasnya dalam hati berdasarkan rasa simpati.
 “Amar!! Tak payah lah kau tengok-tengok junior tu sangat.. segan dorang.. “. En.Azim  pensyarah kolej yang tiba-tiba melabuhkan kasar tapak tangannya menepuk bahu Amar dari belakang seraya menitikan tegurannya kepada anak buah pelajarnya itu.
“hurm.. mana ada saya usha Encik.., saya cuma nak bersua kenal dengan adik-adik junior nie jew..”. riang mulut Amar membalas akan teguran pengajarnya itu sambil berselangkan senyum-senyum malu . Bukannya otak kecil Amar ini tak mengetahui.. En.Azim ada rasa cemburu bila Amar melabuhkan punggungnya di kerusi meja pendaftaran ni.. dia pon nak usha jugak!, hehe.. sindirnya didalam hati.
“nama adik??”. Amar yang membuka bicara mulutnya untuk bertaya sambil melemparkan senyum miow(kucing) susulan dalam menceriakan tanggungjawab untuk pendaftaran pelajar baru.
“nama aku??, Humairah”. Wooo~ terkesima hati dan sanubari Amar buat seketika, tatkala mendengar ucap balasnya. Sekali mulutnya yang comel itu membahasakan dirinya “aku” “daaaa... kasarnya.. baru jew Aku nak melancarkan strategi aktiviti sua kenal aku”, niatnya dalam hati. Gerangan Insan yang bersuara tadi, adalah adik manis yang marah sepatu kepunyaannya sendiri. Mungkin dia tak biasa nak pakai kasut tumit macam tu..
Humairah, merupakan antara pelajar yang berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading di universiti tersebut. Dia yang menghadirkan diri di sesi pendaftaran pada hari tersebut dengan berpakaian kurung cukup mencerminkan keayuan. Kulitnya yang nan memutih serta wajahnya yang bujur sirih bisa membuatkan sesiapa empunya mata sedap memandang. Namun siapa yang tahu, jauh didasar lubuk hatinya itu tersemat sifat yang keras tidak seperti gadis yang lain.
“lepas ni adik boleh pergi ke meja sebelah sana untuk urusan bayaran,
ok.. terima kasih..”. dengan lemah lembut tutur kata serta dihias pula senyuman manis yang Amar lemparkan, sebagai tanda mulanya bersua muka.
“erm”.balas Humairah Hahah!! Penat aku senyum, dia hanya sedekahkan perkataan “erm” dan terus belah macam tu jew. Cakap sama-sama pun tak, hurm..” omel Amar didalam hati.
  



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bila nak post entri baru smbgan citer ni?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete