Monday 23 July 2012

Jadual waktu berbuka



Assalamualaikum wbt,
Disini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah bagi tahun 2012 kepada umat islam di seluruh dunia. Dijangkakan tarikh kita mula berpuasa pada 21 julai 2012. Bersempena dengan bulan yang penuh mulia ini kami di KertasRenyuk.blogspot.com  telah menyediakan jadual waktu berbuka puasa serta waktu imsak disetiap negeri untuk semua pengunjung blog kami. Dengan perkongsian ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita sesama islam.

*Klik nama negeri dibawah untuk mengetahui jadual waktu berbuka puasa untuk setiap negeri.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA

Johor


Melaka
MELAKA




Perlis
PERLIS

Pulau Pinang
PULAU PINANG




Wilayah persekutuan Labuan


owner 1~








PENGALAMAN PERTAMA BERPUASA RAMADHAN TAHUN INI



              Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah kerana masih lagi memanjangkan umurku dan dapat lagi aku untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan yakni bulan RAMADHAN..

Punyela semangat aku menunggu di depan TV untuk mendengar sendiri pengumuman tentang tarikh puasa..dipendekkan cerita dapatlah aku berpuasa hari pertama dengan penuh kegembiraan dan dapatlah  aku rasai bagaimana rasanya mereka yang tidak bernasib baik yang tidak dapat makan Yang seterusnya menginsafkan aku..

BAZAR RAMADHAN


Ape lagi, bazar ramadhan memang xboleh lari la dengan bulan ramadhan..asal ramadhan je bazar,asal bazar je ramadhan dan begitulah seterusnya..aku punyala semangat nak pegi beli kuih muih maklumla puasa pertama la katakan..sebelum pegi lagi aku dah terbayang nak beli karipap(feveret aku),murtabak,air dan semua makananlah..maklumla masa tu nafsu mkn dah membuak2.

             Aku pun dengan penuh semangat pegila bazar di pekan parit lebih kurang pukul 6..ape yang aku lihat, aku tgok orang terlalu ramai sedangkan bazar parit tu xdela sebesar mana pun..hati aku dah mula gelisah bila memikirkan tentang makanan yang ingin aku beli..Akhirnya kegelisahan aku tentang kehabisan kuih muih telah pun dirungkai..memang betol ape yang dikatakan di benak hati aku yang mengatakan makanan semua dah habis dan ianya memang betol! Setelah pusing2 seluruh bazar,semua kuih muih telah pun kehabisan..alahai aku hanya dapat beli sejenis kuih je dan aku pun xtau ape nama kuih tu..saja je beli untuk sedapkan hati..huhuhu

Kesimpulan

*datanglah awal ke bazar untuk membeli makanan sebab nanti habis..nanti korang jgk yang nangis tgok hanya tinggal habuk2 kuih je,hahaha
*masa membeli tu,jgnla ikut nafsu sangat..sebab aku yakin nafsu makan je yang nak beli semua makanan pastu dah berbuka x abis makan..kan membazir namanya tu
*beli makanan sikit2 sudah..jgn asal nampak terus nak beli..memangla nampak sedap tapi kene ingat kadang2 kuih2 tu hanya indah rupa dari rasa je..

p/s: makan tu makan jgk tp jangan sampai x berterawih sudah disebabkan kekenyangan yang melampau..:)

zasS

Owner 2

Saturday 14 July 2012

CARA DAPATKAN SMS PERCUMA

Assalamualaikum..tanpa buang masa dan berceloteh panjang,hari ni aku nak share something news..best,baru n hot lagi tau..haha..kali ni aku nak share tentang satu sistem  yang membantu kita untuk mendapat 50 SMS PERCUMA ..best x?:). Ini bermakna jika kebetulan kita dalam keadaan terdesak sbb tiada kredit,maka kita boleh gunakan sistem ni untuk menghantar msg kita..50 sms tu,byk tu!! huhu..bagi aku, ini ini adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

KENE BAYAR KE UNTUK DAPATKAN SISTEM INI?

Jawapan aku adalah TIDAK..nak tau kenapa?sbb aku sendiri dah test dan mmg betol2 berbaloi kepada sesiapa yang rebut peluang ni..boleh hantar ke semua nombor sama ada maxis ke,celcom ke dan sebagainya.

BAGAIMANA CARANYA?

Haa mudah je,petik jari pun boleh..hahaha..caranya ialah Taip 1W REG 601114363625 Nama Hantar ke 36553(RM0.50/sms) Atau +447624811654 (PERCUMA)..apabila dah selesai daftar nanti,login di smsbiznetwork.com

Secara jujurnya aku sendiri berpengalaman menggunakannya dan dah test hantar dah pun..mmg berjaya skrg aku ada balance 48 sms lagi..itu semua akan aku gunakan jika aku  kehabisan kredit kelak..DAFTAR FREE,DAPAT SMS PUN FREE..so,  tunggu ape lagi? jom kita buat skrg..sharing is caring..:)

~ZasS~
Owner 2

Friday 13 July 2012

CARA HILANGKAN BUFFERING/LOADING DI YOUTUBE


Assalamualaikum dan salam sejahtera

             Entry ni khas aku buat kepada sesiapa sahaja yang sudi menjenguk blog ni..huhu..sebelum ni kalau korang perasan  aku  ada tunjukkan  cara untuk download video dari youtube tanpa guna software kan? kalau ada sesape yang xbaca lagi bolehla klik link ini untuk membacanya http://kertasrenyuk91.blogspot.com/2012/07/cara-mudah-download-video-dari-youtube.html#comment-form

      ok hari ni aku nak berkongsi  lagi dengan korang tentang cara cara untuk hilangkan buffering di youtube, atau sekurang2nya dapat melajukan loading di youtube...haa suka x?suka x?haha..aku percaya ramai yang mengeluh bila sesuatu video tersekat disebabkan  buffering berlaku dan secara x langsung akan menggangu  keghairahan korang nak menonton sesuatu video tu kan2?xpe2 aku faham..heheh

Betol ke ni??atau temberang je kuat ni??

Okla secara jujurnya first time masa aku try guna teknik ni mmg betol2 menjadi(buffering/loading langsung tiada!!) walaupun line internet masa tu mcm kura2 yang berlari(cepat sikit dari kura2 berjalan).Tapi dah lama2 tu dah xjadi,,tp ia hanya dapat mempercepatkan video je..sbb mungkin ianya adalah trial je..walaubagaimanapun korang boleh je mencubanya manala tau kot2 menjadi mcm aku dulu ke..best tau masa tu,,hehehe..

Ok xpayah buang masa lagi jom buat sekarang..MEMANG SIMPLE..mula2 korang kene guna GOOGLE CHROME

First korang pegi kat browser dan taipkan www.youtube.com/html5 pastu tekan enter-> kat bawah sekali cari join the html5 Trial->klik join the html5 Trial tu->pastu bukak youtube mcm biasa dan saksikan keajaiban berlaku!(video berjalan tanpa buffering)..itu je..mudah kan?haha mmg mudah..

Dulu aku buat mmg menjadi tp korang plak aku xtaula..mintak2 jadila ye,hahaha..tp kebiasaannya first time buat mmg jadi..ok SETEL..macam biasa kalau ada ape2 kemusykilan ajukan je pertanyaan korang kat ruangan komen ye ye..ok jumpa lagi di lain2 entry  akan datang,,salam..PEACE NO WAR.. :)

~ZasS~

Owner 2