Tuesday 3 July 2012

Misai Apa Yang Power Sangat tu??


             
INI CERITA TAK ADA KENA MENGENA SAMA MISAI SAYA TAU!! ITU POKOK TIRU SAYA PUNYA RUPA MISAI~~~
      
Sape pernah dengar tentang misai kucing ni angkat tangan?haha..aku percaya ramai yang tau dan ramai jgk yang xtau..orang2 kampung mesti byk yang tau tapi kalau orang di bandar xjaminla tau benda2 ni,hehe org bandar jgn marah ye.. kat sini aku ada info nak cite pasal misai kucing ni..dengar cite boleh buat ubat secara tradisional..eh betol ke ni?ok jom teruskan membaca..
                Haha dengar nama pun dah lucu. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing. Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi. Ok nama saintifik pokok misai kucing ni adalah Orthosiphon Stamineus.
                Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.(hebat jgk khasiat pokok ni walaupun namanya lucu)
Sebenarnya dalam rawatan yang dilakukan untuk merawat penyakit adalah dengan menggunakan daunnya sahaja.. kaedah yang digunakan jgk mmg mudah..korang nak tau x camne penggunaannya? sungguh mudah..budak kecik pun boleh buat..x percaya? jom teruskan bacaan..


Mula2, Amik  daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan daun tu sampai kering. Bila sudah kering  daun tersebut perlu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah. Apabila air tu dah  suam, minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sampaila habis. Haa belom habis lagi! Selain itu, akar dan batang pokok misai kucing ni juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah dengan menumbuk kedua-duanya sehingga lumat.

Lepas tu, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila dah suam, minumlah airnya perlahan-lahan. Itu saja mudah kan?sape2 pun boleh buat.. kalau ada sesape yang pernah mencuba dan pernah ada pengalaman bolehla share2 di ruangan komen di bawah ye..klik ‘like’ jika suka..boleh2la share2 pada semua ok jumpa lagi di entry yang lain ya..~~ZasSs~~

Owner 2~~

No comments:

Post a Comment