Thursday 14 June 2012

Skala Cinta Bab 3



      Keriuhan IPT itu bergema lagi dengan telatah dan karenah pelajar-pelajarnya. “ish! Tepi-tepi!”. U-ma yang berjalan dalam keadaan tergesa gesa tidak mengendahkan siapa yang dicelahinya. Dalam Amar mahu membuka langkah, si tubuh kecil merempuh tampa menjatuhkan riak rasa serba salah. U-ma yang mahu keluar dari pintu library, melakukan tindakan tidak sengaja melanggar Amar dari belakang. Alah bisa tegah biasa, tubuh sang semut yang kecil pun bisa menumbangkan sang gajah teguh berdiri, tersungkur Amar diperlakukan oleh U-ma.
“oit!! Tengok lar orang lain kali, kalau nak mencelah tu!”. Pantang  betol aku bila orang terang-terang dah buat salah tapi tak mahu mintak maaf. Bentak kata hati Amar.
“hah!! gi mam ar kau.... hehe”. Kena marah Amar balik, siap suruh Amar pergi mampos lagi. Walaupon Amar ditujah dengan kata sebegitu, secubit perasaan marah dalam hati Amar tidak bercambah, bila mengetahui yang si junior sorang itu melakukannya. Hanya mulut Amar yang terkumat kamit memuntahkan kata marah.. hati kecilnya masih sejuk beku.. Amar ni sabar orangnya.. tamat aksi langgar melanggar, Amar meneruskan langkahnya.
“apa ni??” Pelanggaran yang menimbulkan kontrolversi itu dengan tidak sengaja telah menjatuh rakaman harian U-ma.
“urm??,  apa nie?? Dairy!”.hurm.. hehe.. terukir senyum dibibir Amar bila menjumpai khazanah berharga tu. Ish! Ish! Ish! jahat betol Amar..

Tepat jam 10 pagi, di ruang masa ini warga kolej akan mengisi perut mereka untuk bersarapan pagi di dewan makan.
“hah! harap-harap ar dia ada lepak kat library time nie”. Amar yang tak menyempat-nyempat menuju ke pusat sumber di tingkat tiga setelah habisnya kelas pertama pada hari tersebut.
“kat mana satu dia letak ni?? Semalam dia pakai beg warna apa??”. Amar yang dalam keadaan yang kelam kabut mencari cari manakah satu beg kepunyaan U-ma. Gelabahnya harus ditapis, agar insan lain tidak mengesyaki perbuatan curi-curinya. Amar berbuat macam tu sebab nak pulangkan semula dairy kepunyaannya.. perkara ini Amar mesti lancarkan dengan cepat.. agar si mulut kerek tidak menyedari aktiviti curi-curi Amar nie.
“erm! Yang ini kot, semalam dia pakai beg ni aku rasa.. betol lah..! nama dia pon ade..”. tampa melengahkan masa Amar yang berdiri disitu, pantas menjalankan niatnya itu. Hadirnya tidak berbau, U-ma yang perasan yang Amar bercakap seorang di bahagian meletakkan beg, lantas suara perlahan menyergahnya.
“apa yang ada??”. Tiba-tiba kedengaran suara yang bertanya kepada Amar.
“ha!!?? Takde ape.. ni ha..! ade ke lagi tempat kosong untuk letak beg..”. Amar yang tegagap gagap menjawab dengan jawapan entah ape. Dah lah yang tanya tu tuan punya beg.
“erm?? Kat belakang kau tu kan banyak kosong...”. Katanya lagi.
“ha’ah, tak perasan pulak aku..”. Amar yang menjawab selamba sambil menggaru kepala yang sememangnya tidak gatal.
“hurm..”alamak dia senyum ar! Pertama kali Amar melihat U-ma mengukir senyuman dibibirnya saat berhadapan dengan telatah Amar. Mana tak nyew.. selama ni Amar berlagak bajet ok depan junior.. hari ini Amar seperti orang bodoh pulak dihadapannya..

“Erm.. aku suka tengok dia.. aku suka mengusik dia.. aku suka menegur walaupon dibalas dengan ayat kasar lemparan keluar dari mulutnya itu. Kenapa dengan aku nie..?? aku yang tanpa sedar  terperangkap dalam keadaan yang penuh dengan kecelaruan. Adakah aku suka dekat budak junior kerek tu..?? Oh My God!!! Tak mungkin... hampir samban hari aku bersama dairinya, minta maafku kat dia”. Amar yang diberi kesempatan untuk membaca akan rakaman harian u-ma itu berasa serba salah. walaupon dairinya telah Amar pulangkan, namun setiap helai dan isiannya terpahat diakal kecil dan amat Amar ingati.. Amar yang dihantui perasaan hairan dalam dirinya. Mengelamun Amar di meja belajarnya sambil matanya menyaksikan awan berarak dari tingkap bilik pada petang itu, memikirkan perkara yang tidak sepatutnya.


No comments:

Post a Comment