Friday 15 June 2012

Skala Cinta Bab 4

Tampa sengaja ku cuba mengambil hatimu
Embun masih dihujung rumput, kesejukan dingin pagi masih terasa, namun Amar yang masih terbongkang melayan ulitan mimpi indah. Perlahan lahan Amar membuka mata, berat berkilo betol dia berusaha untuk membuka matanya disaat waktu embun dihujung rumput itu.
“arh~! Hah!!”. kata kata khikmat Amar, lantaran untuk meregangkan sendi-sendi yang kaku sepanjang saat dia dibuai mimpi( mengeliat).
“Hari harinku kini bermula lagi.. apalah nanti cerita aku hari ini ea?” bersuara Amar dalam dunia mamainya itu. Gerak langkahnya perlahan turun dari katil tilam empuk dan mencapai tuala mandi. Selasai dari dia bermandi hujan paip, terpacak dia sejenak dihadapan pintu tandasnya.
“hurm~ J”. Amar yang hanya bertuala separuh badan melahirkan senyuman yang tidak sangka, dia yang tiba tiba dihujani rasa girang dihati ikutan untuk melewati saat hari ini. Bajunya digosok dengan lembut sehingga hilang tinggi rendah renyukannya. Rambutnya disisip rapi, tapi tidaklah mengikot aliran skema.. Amar ni berstyle juga.. dia pacak pacakkan rambot serumpun demi serumpun. Habis selesai sesi dreassup dirinya, jangan dilupa kad matrik yang harus dikalungkan di leher.. kalau tak ada menatang nie... kembali semula ar dia ke rumah. Hari ini dia harus ceria... Amar ada ujian amali hari ini.. iaitu ucapan umum.
“alamak.. harap-haraplah aku sempat masuk dewan kejap lagi”. Pantas  Amar membesarkan langkah untuk menepati masa kelasnya. Dengan derasnya tangan Amar bertugas untuk membuka tombol pintu bila telapak kakinya sampai di dewan besar itu.
“mintak maaf saya terlambat”. Kata kata pertama Amar sejurus apabila terpacul masuk kedalam dewan kuliah tersebut.
“ermm??, takkan kelas dah habis??”. pening Amar bila dia melihat tiada seorang pon didalam dewan tersebut. tangannya ramas kuat tali beg galasnya kerana rasa geram melimpah dihatinya. Amar bagaikan nak rak tergesa gesa berlari, tapi sebujur tubuh pon tiada dalam dewan tersebut. Riang hatinya kini ternyata patah, dia yang sudah lama bersedia untuk ucapan umum dihujani fikiran apa yang berlaku sebenarnya.
“erm??!”. Tersentak Amar sebentar, bila matanya digamit untuk melihat insan yang sedang tunduk membongkok dicelahan kerusi dewan itu. Tindakannya seperti mencari sesuatu.  
 “assalamualaikum, cari apa tu??”. Amar yang menghampiri dan cuba bertanya kepadannya.
“takda pape.. sibuk jelah! Nak tahu hal orang”. Amar yang sememang mengecam suara ini, gaya bahasa dan tona katanya amat serasi bila gegendang telinganya dipalu. Sekali insan yang bertudung itu menoleh kearahnya dalam keadaan menunduk.
“hurm~ J”.  Senyum Amar sebagai tandanya menbalas kata sombongnya itu.
“kau lagi! tak ada orang lain ke??”. Muka sombongnya lebih jelas kelihatan, ish! Ish! Ish! cam kucing besar nak makan orang aku tengok”. Berkata Amar dalam hati.
“weh’, aku nak tanya sikit nie...??”, bersuara Amar untuk mengetahui sesuatu.
“ape...!! aku tengah buzy nie~ pegi ar tanya orang lain...”. balas kata-katanya.
“taknak taknak! Aku nak tanya kau jugak! tadi sape jew yang guna dewan nie?? Sepatutnye sekarang kelas aku.. tapi takda pulak budak kelas aku, aku nampak?? Yang kau duk terbongkok bongkok dekat dewan ni kenapa??”.
“tu lar... membuta jew.. masuk kelas pon lambat, tadi ada darurat..semua kelas kena batal arini..”. pertama kali aku dengar dia bercakap elok-elok dengan aku. hurm.. korang dengar macam kasar an?? Kini, inilah yang paling lembut..
Terperangkap dalam gelap
Sehabisnya U-ma menjawab soalan Amar, kedengaran bunyi dewan ditutup dengan lebih rapat dah selakkan pintu dari luar dibuat. Pintu dewan itu dikunci dari luar.
Tup! Keseluruhan Lampu dewan itu terpadam.
“ Adoiyaiiiii~!!!! Aku ada dalam ni~!! Yang kunci dari luar kenapa!!”. Amar yang tiba membentak kemarahan apabila penjaga itu tidak sedar akan kewujudan Amar dan U-ma didalam dewan kuliah itu.
“weh! Diam ar kau!! Bising jew!”. Kena marah balik Amar oleh sibudak junioroses nih!
“apa yang didaruratkan?? Satu kolej takde kelas??”. Amar yang tidak puas hati bertanyakan lagi.
“esok-esok jelah aku bagi tahu...”, balasnyew dengan nada yang mahu menyembunyikan sesuatu.
Amar terkurung bersama dirinya, banyak menghabiskan masa tuk bertanyakan hal masing-masing. Walaupon Amar yang lebih banyak bersuara, namun Amar tidak kesah untuk berbuat sedemikian. Macam macam yang disembangkan. nak tau??
“dari tadi aku nampak ko terbongkok bongkok cam opah tu kenapa??”
“alah...!! adalah something yang aku carik... kau tak payah tau lar..”. U-ma yang setiap kali bercakap dengan Amar mesti ayat dia tergantung! Menyampah Amar. Namun Amar dapat merasakan apa yang U-ma sedang cari, Amar merasakan dia yang jumpainya dulu.
“kau cari benda ni kan??”. Amar yang mengangkat tangannya, dan dilepaskan sesuatu dalam genggamannya. Kilauan memanjang kian pancar, walaupon bilik tersebut hampir gelap keseluruhannya. Amar yang menunjukkan seutas gelang tangan yang dia tidak sengaja terpijak semasa ingin menghampirinya tadi.
“hah!! ini lar yang aku carik”. Walaupon dalam keadaan samar-samar gelap.. laju betol tindakkannya merampas gelang tangan tu dari tangan Amar, cekap sungguh minah ni.
“kau punya kew tuh??”, tanya Amar lagi.
“ha’ah lar.. takkan ko punya pulak...”. jelas nampak lesung pipit bila melihat U-ma melahirkan senyumnya lagi buat kali kedua, siap disisipkan dengan loyar buruk yang agak nakal.
“ok...”, Amar yang membalas dengan perkataan ok, tapi dalam hatinya.. “adoyaiii!! Cakap lar terima kasih dowh!”.
Dah Amar terperangkap dalam keadaan macam nie, dia pun tidak mahu  melepaskan peluang nak bertanyakan U-ma macam-macam.. setiap kali dianugerahkan peluang sebegitu, suka Amar melihat si minah comel ni mengomel.
“kau tak risau ke kalau orang jumpa kita dalam keadaan gelap macam ni??”. Hahha! Amar cakap macam tu sebab saja nak mengusik U-ma.. saja nak tengok, panjang ke tidak akal U-ma tu.. kot-kot sejengkal.
“bodoh ar kau...! pintu tu kene kunci dari luar.. macam mana nak kuar dari dewan nie!”. Tindakan Amar yang seperti meludah kelangit, termakan semula tindakannya itu.
“okey.. marah marah pulak.. aku main main jew.., asal ko sanggup cari gelang tu ea?? Aku tengok biasa jew”. Amar yang tak henti-henti untuk bertanya.
“aku punya sukalah.. biasa kew.. emas kew.. tu aku punya.. laki banyak cakap nie bukan boleh percaya.. malas aku nak jawab soalan kau”. Bersuara U-ma dalam nada yang bersahaja. Dirinya yang begitu kebal terhadap lelaki kian kelihatan.
“erm?? Ko anggap aku macam tu lar ea??” geram betol Amar bila mulut kecil U-ma tu berkata-kata, mahu sahaja Amar mencubit pipinya itu.  
“hahaha! Ha’ah.. kenapa? Tak boleh eh??”.ketawa U-ma seakan menyindir  Amar..
“hahaha gelak lah besar lagi, biar orang dekat luar tu dengar.. lagi bagos, cepat sikit keluar!”. Amar yang seakan akan meninggikan suara, tapi tindakan Amar itu untuk menceriakan suasana..
“hahaha! Bajet penyabar”. Sindir U-ma lagi.
“ok.. aku nak diam jew nie...”. Amar yang buat lakonan gaya seperti tersentap akan kata-katanya, dan U-ma terus girang ketawa melihat keadaan Amar.
“Aku suka tengok dia gelak.. biarkan jelah’. Comelnyew kauuu~”. Suara geram hati Amar.
Sampai lewat petang Amar bersama U-ma terkurung dalam dewan kuliah itu. Mulut Amar pon sudah keletihan nak bertanyakan bermacam macam soalan kepada Umairah itu, bukannya apa.. lagi banyak dia bertanya, dia jugalah yang terkena dan menjawab soalannya balik. Keadaan terkurung ini harus berakhir dengan segera,separa gelap setia menemani mereka berdua sepanjang setengah hari disitu.
Amar yang duduk sambil menongkat dagu sambil memikirkan cara bagaimana ingin keluar dari bilik yang dianggap penjara buat masa ini. Adakalanya dia mengeluh kerana tindakan terburu ingin melewati kelas paginya itu menyebabkan talipon bimbitnya ketinggalan dirumah.
U-ma yang duduk berselangkan dua kerusi dari tempat Amar berlabuh, juga memikirkan cara meloloskan diri dari situ, lantas melepaskan diri untuk bersama si Amar yang bajet bagus itu. Adakalanya Umairah seakan perasaan yang Amar adakalnya bila bercakap dengannya, pandangan tidak tepat kepadanya. Bukannya dewan kuliah ini gelap sangat. Tapi hatinya tersentak berkata mengapa keadaannya sebegitu bila berbicaranya dengannya.
“kau tak ada handset kew??”, singkap semula suasana suram, bila Amar bertanyakan kepada Umairah akan talipon bimbitnya.
“ada.. tapi aku terlupa nak topup hari ni..”. bicara mulut kecilnya seakan keletihan dek kerana terpaksa menunggu saat pintu keramat itu dibuka.
Sejurus selepas Umairah menjawab akan pertanyaan Amar, dia tunduk merapatkan dadanya keatas lutut. kedua tangannya bertemu diperut dan menekan nekan perutnya itu. Kedengaran dirinya mengeluh kesakitan.
“U-ma?? Weh’, kau kenapa??”. Amar yang mendengar rengekan Umairah lantas menghampiri si tubuh kecil itu.
“arhh! Aku tak pape”. Umairah yang cuba bersuara dalam nada yang ditusuk getar kesakitan. Perutnya diramas - ramas bagi meredakan sakit yang datang mengundang.  Berkerut dahi menahan perih, tatkala datang menyerang. Mutiara jernih mengalir dari kelopak bawah matanya tumpah membasahi riba. Tubuh anak gadis itu semakin disengat sang peritan.
“umairah... bagitahu Amar, kenapa ni..?!”. Amar yang berselubung dengan gusar, tidak henti bertanya kepada Umairah untuk mendapatkan kepastian. Amar yang menghampiri dan mencapai tangan Umairah. Ternyata terlalu sakit kian ditanggung oleh Umairah, rasa sejuk menyaluti tangannya.
Berlari Amar kearah pintu dewan kuliah.
“siapa ada diluar tolong buka!!!”. Pekik Amar melontarkan suaranya, mengharapkan makhluk tuhan diluar disana mendengar.
“arrghhh!!!!!  Lantak kau lah pintu!, bang!!!!(bunyi pintu dirempuh)”. Terbongkang pintu dewan kuliah itu dirempuh oleh Amar, hampir separuh tenaganya luluh hanya kerana ingin memboloskan pintu yang agak gagah berkunci dari luar. 
“bertahan U-ma!”. Dengan segera gagah Amar mendukung Umairah yang dalam kesakitan itu, dan berlari keluar dari dewan tersebut. Tindaknya Amar ketika ini begitu bersifat kelakian, nasib baiklah hari ini dia memandu kereta untuk ke kolej. Selalunya Amar hanya menunggang motor skuternya untuk ke kolej, mungkin inilah sebabnya dia berasa ingin membawa kereta hari ini.
“sabar U-ma’ sikit lagi kita sampai hospital”. Amar yang memandu sambil ditemani dengan esakkan Umairah menahan kesakitan, pantas melajukan pemanduannya.
Sampai di hospital Umairah dimasukkan ke bilik rawatan kecemasan. Keadaannya sangat lemah, hampir pengsan dia menahan kesakitan. Sampainya di hospital Amar cuba menenangkan dirinya, duduk terpangku di kerusi pangjang bahagian menunggu. Gelisah hati si remaja itu bila dipertanggungjawabkan untuk menyelamatkan si perawan yang menjadi usikannya. Mana tidaknya, pertama kali terjun kedalam keadaan yang tidak diundang itu.
“tangan Encik luka”. Menyapa seorang jururawat disitu bila melihat melihat tangan kanan Amar yang berdarah itu akibat tindakannya merempuh pintu dewan kuliah tadi. Perasaan cemas yang merasuk  tidak mengalirkan rasa perih dilengannya, apa yang Amar tahu hanya mahu cepat sampai ke hospital.
“dia macam mana doktor?”, tanya Amar sejurus doktor yang merawat Umairah keluar dari bilik rawatan.
“keadaan dia dah stabil, dia dah ok sekarang. Kalau Encik lambat menghantarnya ke hospital tadi, saya tidak tahulah bagaimana keadaan dia”. Bicara doktor sambil memegang bahu Amar sambil riak wajahnya bangga dengan tindakan Amar yang telah menyelamatkan Umairah.
“ dia sakit apa doktor?”. Pantas Amar bertanyakan lagi untuk mengetahui sesuatu.
  “dia diserang appendik..keadaan tadi ditahap bahaya... Dia adik Encik ke?”.
“tidak.. saya bukan abang dia, dia kawan saya satu kolej...”.
“owh....” balas doktor.
Kesal Amar bila memikirkan keadaan yang berlaku kepadanya hari ini, apa yang ditakdirkan kepadanya masih terpinga pinga. Dia yang menjadi seorang penyelamat kepada seorang kaum hawa, jika dia tidak terkurung bersama Umairah, apa yang mungkin berlaku kepadanya pun tidak dapat dicantas oleh akal fikirannya.
“kau dah bangun? Lepas ni makan sikit, aku ada beli bubur dekat kantin tadi, kau makan ea? Tak banyak, sikit pun tak apa”. Amar yang bingkas bangun dari kerusi  di sebelah katil Umairah tersenyum sambil menyuruh Umairah menjamah bubur yang dibelinya di kantin hopital tadi.
Pucat lesu situbuh kecil itu setelah penat bergelut dengan kesakitan yang dialaminya. Amar yang memimpin Umairah untuk bersandar dikepala katil. Umairah yang masih mendiamkan diri tidak sepatah pun menjawab pertanyaan Amar, barangkali dia malu dengan apa yang berlaku kepadanya hari ini. Apa tidaknya, dari kolej tadi hingga ke hospital dia didukung oleh Amar. Sudah seperti wanita yang sarat mahu bersalin.
“weh! Asal kau diam..?? kau nak aku suapkan bubur ini untuk kau kew..? kenapa tak cakap awal-awal.. hehe”. Amar yang sempat jugak bergurau dengan Umairah mensuakan sudu yang berisi bubur untuk disuapkan ke mulut Umairah.
Muka Umairah merona merah tatkala menahan rasa segan yang makin gelora satu badan. Bibirnya yang terkumat kamit, perlahan lahan dibuka bagi menerima suapan bubur dari Amar. Segan segan pun mahu juga disuap oleh Amar.
“bubur ni tak sedap ke?? Nanti aku beli makanan yang lain”. Amar yang menyedari akan perubahan pada wajah yang pucat bertukar merah, akal singkat Amar ni merasakan yang bubur dibeli untuk Umairah tidak enak rasanya. Kadang kala Amar ni lurus bendul juga... erm..
“ eh! Takpe.. bubur yang Amar beli ni sedap....”. cepat-cepat Umairah bersuara, lantaran melihat Amar yang berhenti menyuapnya. Umairah memegang lengan tangan Amar untuk minta disuap lagi. Si gadis ini berlainan sikapnya bila dalam keadaan darurat, manjanya keruan mahu dilayan. Memang jauh berbeza dengan U-ma yang di kolej.
“ aduh!!!”. Menjerit Amar bila lukanya disentuh dengan tidak sengaja oleh Umairah.
“alamak! Sorry...”. Umairah yang segera meminta maaf kepada Amar atas tindakannya yang tidak sengaja itu.
“Tak apa, tak apa..” sikit jew”.
“luka tu sebab Amar rempuh pintu dewan kuliah tadi kan??”. Tanya Umairah yang ingin mahukan kepastian. Walaupun dalam keadaan mengerang kesakitan, namun matanya sempat juga memandang tindak tanduk Amar yang cuba untuk memboloskan diri dari dalam.
“ saya minta maaf pasal apa yang dah jadi tadi”. Umairah yang sayup suaranya memohon maaf atas perkara apa yang telah berlaku, serta menyebabkan Amar mengalami kecederaan di bahagian lengan.
 “its ok... U-ma nak Amar call siapa siapa ke, nak bagitahu yang U-ma ada dekat hospital?. Amar yang yang sedang khusyuk menyusun bekas  bekas makanan sambil mulutnya bertanyakan kepada umairah. Dia yang ketika ini begitu merisaukan keadaan Umairah, yang baru selepas diserang appendik mahukan ia mendapat rehat yang secukupnya serta layanan yang baik.
“tak payah.. sebab doktor dan bagitahu tadi yang sikit lagi U-ma dah boleh keluar...”. jawab Umairah memberi jawapan.
“hurm... baguslah.. nanti Amar hantar U-ma balik kolej”. Mengulum senyum Amar mendengar kata kata Umairah.
“U-ma....!!!”. rakan rakan serumahnya menjerit, setibanya Umairah yang baru pulang dari hospital tiba dirumah sewa mereka.
“assalamualaikum....”. lemah suaranya memberi salam.
“waasalaikumsalam....!! ala cian ciannyew dia...”. Amira yang mengusik rakannya Umairah yang pulang dari hospital.
“kau kenapa... macam mana boleh masuk hospital..??”. Nurul, rakan sebilik mereka yang ingin mahukan cerita sebenar.
“aku kena appendik.. tu jelah ceritanya.. esok aku cuti, bagi tau pensyarah kelas kita yew Nurul”. ringkas singkat dan padat U-ma menjawab. Tiga rakan sebilik itu bergitu akrab sekali. Amira dan Umairah sudah sedia maklum yang mereka sudah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. walaupun perkenalan mereka bersama Nurul baru diawal masa, namun kesefahaman sudah mula tumbuh dalam hati masing masing. Bertolak ansur, ambil berat terhadap rakan, yang itulah mereka selalu amalkan. Hal perihal kawan selalu menjadi bibit bibit dibibir mereka.



No comments:

Post a Comment